Translate

Wednesday, 25 February 2015

KELEMAHAN DAN KEKUATAN KAEDAH KETIKA MENGAJAR 2

KAEDAH MENULIS RECANA
Kaedah ini sangat berkesan untuk pelajar-pelajar yang aras dua dan permulaan dalam pengenalan untuk aras satu sehingga murid menjadi terbiasa dengan subjek tulisan jawi.Selain itu,pelajar lebih memahami tentang penerangan oleh guru mengenai tulisan jawi kerana murid dapat mempraktikkan ketika menulis recana tersebut bahkan mereka boleh menambah kalimah-kalimah yang baru untuk meluaskan ayat-ayat mereka dengan lebih baik dan sempurna.Justeru itu,kaedah ini juga berkesan kerana mereka dapat mempelajari dan mempraktikkan dalam masa yang sama.
Disamping itu,guru juga perlu mengabil inisiatif tentang kaedah ini kerana kaedah ini boleh membuat anak-anak murid menjadi malas untuk berfikir dalam mebuat ayat terutama pelajar yang agak lemah dalam kaedah seperti ini dan mereka juga boleh hilang tumpuan kerana sifat kebudak-budakan mereka lebih kuat sehingga guru boleh hilang kawalan kelas kerana mereka bising dan bermain.Selain itu,mereka juga boleh meniru dengan kawan-kawan mereka untuk mengambil jalan mudah agar cepat siap tugasan tersebut dan hal ini guru tidak akan dapat hasil pembelajaran seperti yang diharapkan

KAEDAH AKHBAR DALAM KELAS
Kaedah seperti seperti satu kelebihan bagi guru dalam penerapan nilai-nilai baik kerana kaedah ini akan membuat mereka rajin membaca dan cuba untuk membaca akhbar-akhbar yang telah dikumpul oleh guru dalam tulisan jawi.Selain itu,mereka juga boleh mencari kesalahan mereka yang salah ketika membuat recana,ayat dan karangan dengan cara membaca akhbar dalam darjah dan dalam pada yang sama juga,mereka dapat informasi tentang pengetahuan am dan juga khusus.
Setiap kebaikan pasti ada keburukan dan kaedah ini juga mempunyai perkara yang sama terutama kepada pelajar yang lebih suka bermain sehingga mereka tidak membaca langsung walaupon disuruh oleh guru kerana kaedah ini juga membosankan kerana tiada aktiviti luaran yang bersesuaian dengan sifat kebudak-budakan mereka.Selain itu,jika tiada pantauan guru adalah sesuatu masalah kerana akhbar juga boleh menjadi permainan bagi mereka seperti bola sepak dan origami kapal terbang dan mereka tidak ingin mengulangkaji tentang penulisan mereka tetapi hanya sekadar membaca kerana info-info yang menarik.
                                     
KAEDAH BUKU, AKHBAR, MAJALAH.
            Dalam kaedah ini, murid-murid akan dapat menerima lebih banyak kosa kata jawi yang terbaru.Dengan adanya kosa kata yang baru guru-guru hendaklah menerapkan penggunaan ini semasa latihan menulis karangan atau sebagainya.Kosa kata baru ini juga dapat meningkatkan kreativiti penulisan jawi di para pelajar.Dalam kaedah ini penerapan nilai membaca dikalangan pelajar dapat dipupuk dalam diri setiap individu.Selain itu, dengan adanya buku atau majalah yang brcorakkan kartun dialog, ia menerapkan lagi minat pelajar untuk membaca lebih banyak buku.
            Bagi kelemahan kaedah ini pula, berkemungkinan pelajar yang membaca melalui majalah atau akhbar ini adalah tidak betul kerana mereka membaca tanpa tatabahasa mengikut kefahaman mereka sendiri.Para pelajar yang membaca buku majalah dan sebagainya hanya untuk mendapat keseronokan sahaja dan bukanlah untuk mengambil isi penting yang terdapat dalam pembacaan mereka.

KAEDAH KAJIAN PERPUSTAKAAN.
Dengan kaedah ini, pelajar akan dapat lebih menguasai mata pelajaran jawi kerana meraka dapat mencari buku dalam tulisan jawi yang mereka mahukan. Kemudian, mereka akan  dapat mencari dan mengenal lebih mendalam hukum-hukum dalam subjek jawi yang telah ia pelajari sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Justeri itu, mereka dapat menambahkan kosa kata dan kalimah jawi yang baru semasa mareka mengkaji buku di perpustakaan.
Kelemahan yang terdapat dalam kaedah kajian perpustakaan ini, ada pelajar yang akan mengelak daripada untuk membuat tugasan ini, kerana pelajar akan mencari buku-buku yang ia minat selain daripada mencari buku-buku tulisan jawi. Seperti membaca surat khabar, majalah, komik-komik dan sebagainya. Dengan ini, kaedah ini akan menjadi tidak terkawal kerana pelajar tidak membuat tugasan yang sepatutnya. Selain itu, pelajar juga akan membuat satu kumpulan dan akan membuat mensyuaran untuk berbual kosong dan sebagainya. Justeri itu, pelajar haruslah dipantau oleh guru-guru untuk memastikan semua pelajar membuat tugasan yang sebetulnya dan membuat dengan sebaiknya.

KAEDAH KULIAH
            Kaedah kuliah ini biasa dijalankan di setiap sekolah.Kaedah ini juga adalah untuk menerangkan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut.Apabila murid faham dengan apa yang diterangkan di awal permulaan kelas pemikiran murid akan berkembang dan mewujudkan daya fikir yang baik.Selain itu kaedah penerangan secara kuliah ini juga amat baik kerana segala yang disampaikan oleh guru tersebut dapat disampaikan secara pemusatan guru.
            Bagi kelemahan kaedah ini murid-murid berkemungkinan tidak akan fokus dengan apa yang diterangkan oleh guru kerana murid akan melakukan kerja yang tidak sepatutnya seperti bermain, menyembang dan sebgainya.Selain itu bagi pelajar yang lemah dalam kaedah ini berkemungkinan besar mereka tidak akan faham dengan apa yang disampaikan dan merasa kuliah tersebut tidak menyeronokkan dan tindakan mereka adalah membuat hal sendiri semasa proses kuliah tersebut.
KAEDAH PROJEK
Kaedah projek ini boleh dikatakan sesuai digunakan untuk subjek jawi, kerana dengan kaedah ini murid dikehendaki membuat projek yang memerlukan pemahaman dan kajian yang teliti tentang topik yang diberikan. Jadi dengan itu. Murid akan lebih faham dan secara tidak langsung murid dapat ilmu tambahan yng tidak disebutkan didalam buku teks. Misalnya murid dikehendaki membuat projek berkenaan sejarah tulisan jawi dan jenis jenis ejaan jawi. Murid akan akan cuba mencari maklumat tambahan selain daripada dari buku teks sama ada dengan cara lawatan , temuduga ataupun maklumat yang terdapat dalam buku buku di perpustakaan dan di internet. Dengan kaedah projek ini juga murid juga akan terdidik sifat kerjasama dan bertanggungjawab secara tidak langsung kerana untuk menjayakan projek ini murid harus memberi komitmen serta usaha dan kerjasama yang tinggi.
Kaedah juga ada kelemahannya, ini adalah kerana kaedah projek ini memerlukan guru sebagai mentor yang dapat memandu murid dalam melaksanakan projek yang diberikan. Ini adalah kerana murid peringkat sekolah rendah mereka belum lagi didedahkan secara meluas berkenaan kaedah projek ini. Mereka berkemungkinan besar tidak faham dengan apa yang diarahkan oleh guru mereka ataupun tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan projek tersebut. Selain daripada itu, kaedah ini juga memperuntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mencari maklumat selepas waktu pembelajaran dan pengajaran , jadi dengan itu murid akan terkejar-kejar dan akan terlampau penat kerana mereka sudah semestinya mempunyai tugasan lain yang diberikan oleh guru-guru subjek lain . Kesannya, murid akan kekurangan waktu berehat dan ini akan menjejaskan kecerdasan mereka dibilik darjah.

KAEDAH LAWATAN
            Kaedah lawatan ini merupakan kaedah yang menarik yang boleh digunakan untuk subjek jawi. Ini adalah kerana jawi ini boleh dikaitkan dengan sejarah dan dengan itu tempat yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan lawatan dalam jawi adalah muzium. Selain muzium, rumah-rumah tokoh-tokoh jawi juga boleh dijadikan lokasi tempat lawatan untuk subjek ini. Sebagai contoh runah Prof Dr. Kang Kyoug Seok. Kaedah ini juga boleh dikatakan sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah kerana murid akan berasa seronok apabila pergi keluar sekolah untuk melakukan lawatan ilmiah. Murid juga akan didedahkan ilmu dengan suasana yang berbeza yang tidak sama seperti keadaan dalam bilik darjah. Jadi dengan itu keghairahan murid dalam menimba ilmu itu berbeza dan mungkin jauh lebih baik daripada belajar didalam bilik darjah. Murid juga akan mudah ingat apa yang dipelajari daripada lawatan yang disertai itu kerana murid belajar dalam keadaan bebas tekanan dan dalam keadaan yang santai.
            Tetapi kaedah ini juga mempunyai kelemahannya tersendiri dimana masa yang panjang diperlukan untuk mengadakan lawatan ini. Guru harus memilih masa yang sesuai tanpa menggangu masa pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Kos lawatan juga perlu diambil kira untuk melaksanakan kaedah ini . Tidak semua ibu bapa pelajar mampu membayar kos lawatan anak-anak mereka jika terlampau tinggi, jadi dengan itu guru perlu memastikan kos lawatan tidak terlampau tinggi demi menjayakan kaedah ini. Kawalan murid ketika sesi lawatan juga perlu mantap ini kerana ia melibatkan soal keselamatan pelajat . Jika guru bertindak sambil lewa ketika sesi lawatan tersebut berlaku maka resikonya pelajar berkemungkinan berhadapan dengan akibat yang buruk.


KELEMAHAN DAN KEKUATAN KAEDAH KETIKA MENGAJAR 1

 KAEDAH AMALI
            Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan seperti keberanian yang akan dikuasai oleh pelajar untuk tampil dikhalayak ramai dan berkata,berkongsi dan mengutarakan soalan-soalan yang tidak dapat difahami. Selain itu,kaedah ini juga boleh menguntungkan guru-guru dan pelajar-pelajar kerana kaedah ini meningkatkan daya ingatan mereka.Dengan cara ini juga memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan sesuatu dengan apa yang telah di ajar dan penerangan dari tena pengajar mereka.
            Selain itu,setiap kelebihan pasti ada kekurangan dan perkara ini juga berlaku pada kaedah ini seperti murid menjdai kurang berkeyakinan dan semakin tidak berani untuk tampil kehadapan kerana takut untuk menghadapi kesalahan yang bakal mereka lakukan. Oleh kerana mereka kurang keyakinan diri, maka mereka juga tidak dapat untuk mempraktikkan ape yang disuruh dan tidak dapat menguasai subjek yang di ajar.oleh kerana itu juga perkara ini semakin sebati dalam diri dikalangan murid-murid kita untuk teros tidak ingin mencuba dalam semua hal.

KAEDAH SOAL JAWAB
Kaedah soalan jawab adalah merupakan kaedah yang kerap digunakan setiap kali hendak berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran di biik darjah. Ini adalah kerana melalui kaedah ini guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar tentang apa yang telah diajarkannya. Dengan keadah ini juga, interaksi antara guru dan pelajar juga adalah baik. Apabila disoal murid akan memberi respon dengan cuba menjawab soalan yang ditujukan kepada murid tersebut.
Kaedah ini juga mempunyai keburukannya tersendiri. Kaedah soal jawab ini akan berjaya sekiranya guru mahir dalam pengawalan bilik darjah. Ini adalah kerana murid lain akan menggangu pelajar yang disoal oleh guru tersebut. Murid murid beranggapan jika ada salah seorang daripada rakan mereka disoal oleh guru mereka maka pelajar tersebut bernasib malang dan mereka akan mula mengejek dan mentertawakan pelajar tersebut. Jadi guru jika tidak mahir dalam pengawalan bilik darjah , murid  murid akan membuat bising dan objektif pengajaran akan gagal. Seterusnya mungkin ada juga pelajar yang akan menjawab soalan dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Jadi guru haruslah memainkan peranan dalam hal ini. Murid lain yang tidak disoal oleh guru juga kemungkinan tidak menumpukan perhatian terhadap soalan yang disoal kepada rakan mereka. Mereka akan bermain dan berbual jadi ini akan menggagalkan objektif yang hendak dicapai oleh guru tersebut.



KAEDAH PERMAINAN
Kaedah Permainan mempunyai beberapa kelebihan dan permainan. Dengan adanya permainan dalam pembelajaran, ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersemangat, kerana permainan ini dapat membantu untuk pelajar mudah faham. Selain itu, murid juga dapat tumpukan perhatiannya pada pembelajaran supaya murid suka dengan pembelajaran dalam adanya permainan dan dapat mengelakkan pelajar daripada dilanda kebosanan. Kemudian, pelajar akan mudah faham kerana dapat menumpukan perhatian yang lebih dan pelajar akan mudah faham.
Kekurangan yang ada dalam kaedah permaianan ini, pelajar kurang tumpu dalam pelajaran dan takut pelajar akan asyik bermain. Selain itu, jika tiada kawalan kelas yang sebetulnya kelas akan menjadi bising. Permainan dalam kelas ini, tidak semua pelajar boleh faham apa yang di pelajari dalam permainan yang dijalankan, khususnya pelajar yang lemah.Pelajar lemah selalunye akan dapat menguasai sesuatu pelajaran jika ianya tidak bercampur dengan permainan yang mane boleh mengelirukan mereka.

KAEDAH NASYID
            Kaedah nasyid dalam pembelajaran jawi amat mudah untuk dipelajari sekiranya ianya di diselitkan irama atau lagu dalam subjek pembelajaran tersebut. Hal ini dapat dibuktikan bagaimana pelajar lebih mudah menghafal lagu-lagu terbaru berbanding mata pelajaran yang di ajar oleh guru.Selain itu murid dapat menghilangkan bosan dan membuatkan murid lebih seronok. Antara lagu yang boleh di praktikan ialah hukum-hukum dalam tulisan jawi dan cara mengeja dengan lebih mudah.Guru yang kretif dapat menukar iramah nasyid pada masa kini untuk menjadi bahan bantu mengajar dalam mengajar pelajar-pelajar
            Kekurangan yang boleh di tonjolkan didalam kaedah ini ialah,tidak semua pelajar dapat menyanyikan lagu didalam kelas.Akan timbul rasa segan di kalangan pelajar yang langsung tidak reti untuk menyanyi. Mereka akan berdiam diri dan tidak mengambil perhatian dalam aktiviti pembelajaran yang di buat oleh guru tersebut.Oeh sebab itu para pelajar yang tidak reti untuk menyanyi ini kan tertinggal dalam pembelajaran.mereka seperti ini lebih meminati untuk mempraktikalkan ape yang dipelajari.




KAEDAH PERBINCANGAN
Kelebihan kaedah perbincangan dalam bidang jawi adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan akan berlaku. Kaedah ini juga dapat membantu pelajar untuk menggalakkan perkembangan mental. Tujuan perbincangan perlulah jelas dan guru hendaklah memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat membuat persediaan. Secara tidak langsung kita dapat juga memberanikan segelintir pelajar yang suka berdiam diri dan kurang keyakinan. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Guru juga perlu memastikan setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat atau mengemukakan soalan.Dengan adanya perbincangan maka akan berkembang ilmu pelajar dalam subjek yang dipelajari mereka.Hal ini kerana tidak semua dapat memahami sepenuhnya apa yang di ajarkan oleh guru
Kelemahan kaedah ini pula adalah apabila interaksi pelajar dan guru hilang, pelajar akan membuat bising dan tidak mendengar arahan guru. Selain itu, kaedah perbincangan ini asalnya adalah untuk membincangkan sesuatu topik di dalam kumpulan yang telah di buat akan tetapi apabila pelajar berasa bosan, pelajar mula berborak, bergurau dan kacau rakan-rakan mereka. Keadaan ini akan memberi impak besar ketika pelajar mula membuat bising dan guru tidak pandai mengawal kelas dengan baik. Pelajar juga tidak mendapat apa-apa ilmu yang baru daripada kaedah perbincangan yang di buat bersama rakan-rakannya.

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Kelebihan kaedah lain boleh digunakan dalam bidang jawi adalah kaedah penyelesaian masalah melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu..Kaedah penyelesaian masalah melibatkan beberapa langkah berikut untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pertama, pelajar haruslah mengenal pasti dan faham masalah. Kemudian pelajar, jelaskan masalah dan seterusnya cari alternatif penyelesaian masalah. Akhir sekali, lakukan operasi penyelesaian. Kaedah ini seiring dengan amali bukan sekadar penyelesaian yang mudah. Ia juga menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional di samping meningkatkan dan memperkukuh ingatan pelajar.
Kelemahan kaedah penyelesaian adalah apabila pelajar tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan masalah. Pelajar apabila membuat sesuatu penyelesaian masalah yang tidak faham maka mereka akan lebih cepat berputus asa. Dalam bidang jawi, contohnya mereka tidak mengenal huruf maka untuk pergi ke ejaan akan menjadi susah. Masalah yang di hadapi oleh pelajar semakin banyak dan tidak di selesaikan membuat pelajar berasa malas belajar.Pelajar lebih gemar untuk menyelesaikan masalah melalui logik akal mereka sendiri sahaja.Oleh yang demikian mereka akan cube menyelesaikan masalah dengan cara mereka sendiri ternyata apa yang dibincangkan itu terkeluar dari topik perbincangan dan salah mengikit skema yang sepatutnya.

KAEDAH LATIH TUBI
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid mengenai pembelajaran  spesifik supaya mereka boleh menyebut atau mempringati semulamaklumat apabila disuruh berbuat demikian.
1                    Untuk mengelakkan kebosanan pelajar dan kurangnya konsentrasi murid,pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan antaranya mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu iaitu sesiapa yang dapat  menjawab soalan yang diajukan  mengenai pembelajaran, maka markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
Antara kelebihan yang kita boleh dapati dari kaedah latih tubi adalah pelajar lagi mudah mendapat dan mengamalkan apa yang tela dipraktikkan dalam latih tubi.Misalnya  latih tubi berkenaan dengan adab-adab dengan orang tua.Pelajar-pelajar dapat merealisasikan apa yang harus dilakukan ketika berjumpa dengan orang yang lebih tua dari mereka.Seterusnya, dengan adanya latih tubi tersebut para pelajar akan lebih mudah mengingat sehingga mereka boleh menjawab peperiksaan pada setiap akhir tahun.Bukan itu sahaja, malah dengan adanya latih tubi tersebut para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka  dengan perkara-perkara yang lebih  berfaedah.Oleh itu, kaedah latih tubi yang diberikan oleh guru adalah untuk memperingatkan kepada murid-murid apa yang telah dipelajari semasa pembelajaran disekolah.


Bagi kaedah latih tubi ini juga, terdapat kekurangan yang berlaku.Antaranya adalah murid-murid malas untuk membuat latih tubi yang telah diberikan oleh gruru mereka.Ini berkemungkinan kerana guru disekolah terlalu banyak untuk memberi latih tubi sehinggakan para pelajar  malas untuk membuat kerja tersebut.Seterusnya, ada juga pelajar yang mengambil kesempatan untuk meniru rakan sekelasnya kerana tidak sempat untuk menyiapkan kerja tersebut.Selain itu, pelajar juga akan membuat latihan tanpa melihat bahan rujukan.Ini berkemungkinan para pelajar membuat latihan itu bukan mengikut kefahaman mereka tetapi  mengikut perasaan tersendiri  tanpa jawapan yang betul.Dengan itu, kekurangan yang kita dapati dari kaedah ini boleh dielakkan dengan cara yang baik.
Terima kasih kepada anda yang sudah melayari blog kami !

Sebelum ini kami telah memberi penerangan kepada anda tetntang makhraj huruf iaitu ilmu tajwid yang berhukum fardhu kifayah kepada semua ummat islam harap kalian dapat merujuk ilmu ini dan ilmu yang telah kami kongsikan kepada anda semua adalah sahih dan boleh mendatangkan faedah kepada kalian in shaa Allah....

kini kami akan kongsikan satu ilmu yg sesuai untuk kalian untuk di amalkn sewaktu mengajar mengikut tajuk dan subjek 

harap mendatangkan manfaat.....

IN SHAA ALLAH :)))

الصفات ذات الأضداد


الهمس
لغة: الخفاء، واصطلاحا: جريان النفس عند النطق بالحرف وحروفه عشرة يجمعها: "فحثه شخص سكت".
والجهر
وهو لغة: الإعلان، واصطلاحا: انحباس جري النفس عند النطق بالحرف لقوة الاعتماد على مخرجه، وحروفه ما عدا أحرف الهمس السابقة، وهي ثمانية عشر حرفاً، ولم نعد الألف من حروف الجهر؛ لأن حروف المد الثلاثة لا تتصف إلا بالخفاء.
والشدة
ومعناها لغة: القوة، واصطلاحا: انحباس جري الصوت عند النطق بالحرف لكمال قوة الاعتماد على مخرجه، وحروفها ثمانية مجموعة في قولك: "أجد قط بكت".
والتوسط
وهو لغة: الاعتدال، واصطلاحا: اعتدال الصوت عند النطق بالحرف لعدم كمال انحباسه كما في الشدة، وعدم كمال جريانه كما في الرخاوة، وحروف التوسط خمسة مجموعة في قولك: "لن عمر".
والرخاوة
وهي لغة: اللين، واصطلاحا: جريان الصوت عند النطق بالحرف، وحروفها ما عدا حروف الشدة، وما عدا الحروف البينية أي: التي بين الشدة والرخاوة، وهي حروف التوسط الخمسة السابقة.
والاستعلاء
وهو لغة: الارتفاع، واصطلاحا: ارتفاع اللسان إلى الحنك الأعلى عند النطق بالحرف، وحروفه سبعة مجموعة في قولك: \"خص ضغط قظ\"، ثم إن المعتبر في الاستعلاء استعلاء أقصى اللسان سواء استعلى معه بقية اللسان أم لا ولذا لم تعد أحرف وسط اللسان وهي الجيم والشين والياء غير المدية من أحرف الاستعلاء لأن وسط اللسان هو الذي يعلو عند النطق بها فقط. ولم تعد الكاف كذلك لأنه لا يستعلى بها إلا ما بين أقصى اللسان ووسطه.

والاستفال
ومعناه لغة: الانخفاض، واصطلاحا: انخفاض اللسان أي: انحطاطه عن الحنك الأعلى إلى قاع الفم عند النطق بالحرف، وحروفه ما عدا حروف الاستعلاء.
والإطباق
وهو لغة: الإلصاق، واصطلاحا: تلاصق ما يحاذي اللسان من الحنك الأعلى على اللسان عند النطق بالحرف وأحرفه أربعة، وهي: الصاد، والضاد، والطاء، والظاء، ثم اعلم أن الإطباق أبلغ من الاستعلاء، وأخص منه، إذ لا يلزم من الاستعلاء الإطباق، ويلزم من الإطباق الاستعلاء، فكل حرف مطبق مستعلٍ، ولا عكس.
والانفتاح
وهو لغة: الافتراق، واصطلاحا: تجافي كل من طائفتي اللسان، والحنك الأعلى عند النطق بالحرف حتى يخرج الريح من بينهما، وحروفه ما عدا أحرف الإطباق.
والإذلاق
أو الذلاقة لغة: حدة اللسان أي: طلاقته، واصطلاحا: سرعة النطق بالحروف المذلقة لخروج بعضها من ذلق اللسان أي:طرفه، وهو اللام، والنون، والراء، وبعضها من ذلق الشفة، وهو الباء الموحدة، والفاء، والميم. فحروف الإذلاق ستة يجمعها قولك: "فر من لب".
والإصمات

وهو لغة: المنع، واصطلاحا: منع حروفه من الانفراد بتكوين الكلمات المجردة الرباعية أو الخماسي.

الصفات تنقسم علي قسمين

الصفات اللازمة: وهي الصفات التي من ذات الحرف لا تنفك عنه مطلقا. 

الصفات العارضة: هي صفات مكملة للحرف تعرض له في أحوال معينة ولا تؤثر في ذاته إذا انفكت عنه، كالتفخيم والترقيق والإدغام والمد والإخفاء وغير ذلك. 

تنقسم الصفات اللازمة إلى قسمين:

 فالذي له ضد: الهمس وضده الجهر، والشدة وضدها الرخاوة، وما بين الشدة والرخاوة، والاستعلاء وضده الاستفال، والإطباق وضده الانفتاح، والإذلاق وضده الإصمات، فهذه خمس صفات ضد خمس بجعل ما بين الرخاوة والشدة مع أحدهما.

وأما الذي لا ضد له: فالصفير، والقلقلة، واللين، والانحراف، والتكرير، والتفشي، والاستطالة، فهذه سبع صفات.

صفات الحروف اللازمة

اعلم أن المخارج للحروف بمثابة الموازين تعرف ﺑﻬا مقاديرها، والصفات بمثابة الناقد الذي يميز الجيد من الرديء. فببيان مخرج الحرف تعرف كميته أي: مقداره،فلا يزاد فيه ولا ينقص، وإلا كان لحنا،وببيان صفته تعرف كيفيته عند النطق به من سليم الطبع كجري الصوت وعدمه.

الصفاة جمع من صفة و تعريف الصفة في لغة: ما قام بالشيء من المعاني، كالعلم، والبياض واصطلاحا: كيفية عارضة للحرف عند حصوله في المخرج من جهر، ورخاوة، وهمس، وشدة، ونحوها.

مخارج الحروف

المخارج : جمع مخرخ، وهو في اللغة: اسم مكان لمحل تولد حرف أو أكسر.
وفي اصطلاح : وهو محل خروج الحروف الذي ينقطع  عنده صوت النطق به فتيمز به عن غيره.

وهو من المباحث الأساسية في علم التجويد، وقال عنه الأمام ابن الجزري :

إذا واجب عليهم محتمم       قال الشروع أولا أن يعلموا  

مخارج الحروف والصفات     ليلفظوا بأفصه اللغات

والحروف : صوت معتمد على مخرج محقق أو اللسان أو الشفتين