KAEDAH AMALI
Kaedah
ini mempunyai banyak kelebihan seperti keberanian yang akan dikuasai oleh
pelajar untuk tampil dikhalayak ramai dan berkata,berkongsi dan mengutarakan
soalan-soalan yang tidak dapat difahami. Selain itu,kaedah ini juga boleh
menguntungkan guru-guru dan pelajar-pelajar kerana kaedah ini meningkatkan daya
ingatan mereka.Dengan cara ini juga memberi peluang kepada murid untuk
mempraktikkan sesuatu dengan apa yang telah di ajar dan penerangan dari tena
pengajar mereka.
Selain
itu,setiap kelebihan pasti ada kekurangan dan perkara ini juga berlaku pada
kaedah ini seperti murid menjdai kurang berkeyakinan dan semakin tidak berani
untuk tampil kehadapan kerana takut untuk menghadapi kesalahan yang bakal
mereka lakukan. Oleh kerana mereka kurang keyakinan diri, maka mereka juga
tidak dapat untuk mempraktikkan ape yang disuruh dan tidak dapat menguasai
subjek yang di ajar.oleh kerana itu juga perkara ini semakin sebati dalam diri
dikalangan murid-murid kita untuk teros tidak ingin mencuba dalam semua hal.
KAEDAH
SOAL JAWAB
Kaedah soalan jawab
adalah merupakan kaedah yang kerap digunakan setiap kali hendak berakhirnya
sesi pengajaran dan pembelajaran di biik darjah. Ini adalah kerana melalui
kaedah ini guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar tentang apa yang telah
diajarkannya. Dengan keadah ini juga, interaksi antara guru dan pelajar juga
adalah baik. Apabila disoal murid akan memberi respon dengan cuba menjawab
soalan yang ditujukan kepada murid tersebut.
Kaedah ini juga mempunyai
keburukannya tersendiri. Kaedah soal jawab ini akan berjaya sekiranya guru
mahir dalam pengawalan bilik darjah. Ini adalah kerana murid lain akan
menggangu pelajar yang disoal oleh guru tersebut. Murid murid beranggapan jika
ada salah seorang daripada rakan mereka disoal oleh guru mereka maka pelajar
tersebut bernasib malang dan mereka akan mula mengejek dan mentertawakan
pelajar tersebut. Jadi guru jika tidak mahir dalam pengawalan bilik darjah ,
murid murid akan membuat bising dan
objektif pengajaran akan gagal. Seterusnya mungkin ada juga pelajar yang akan
menjawab soalan dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Jadi guru
haruslah memainkan peranan dalam hal ini. Murid lain yang tidak disoal oleh
guru juga kemungkinan tidak menumpukan perhatian terhadap soalan yang disoal
kepada rakan mereka. Mereka akan bermain dan berbual jadi ini akan menggagalkan
objektif yang hendak dicapai oleh guru tersebut.
KAEDAH
PERMAINAN
Kaedah Permainan mempunyai
beberapa kelebihan dan permainan. Dengan adanya permainan dalam pembelajaran,
ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersemangat, kerana
permainan ini dapat membantu untuk pelajar mudah faham. Selain itu, murid juga
dapat tumpukan perhatiannya pada pembelajaran supaya murid suka dengan
pembelajaran dalam adanya permainan dan dapat mengelakkan pelajar daripada
dilanda kebosanan. Kemudian, pelajar akan mudah faham kerana dapat menumpukan
perhatian yang lebih dan pelajar akan mudah faham.
Kekurangan yang ada dalam kaedah
permaianan ini, pelajar kurang tumpu dalam pelajaran dan takut pelajar akan
asyik bermain. Selain itu, jika tiada kawalan kelas yang sebetulnya kelas akan
menjadi bising. Permainan dalam kelas ini, tidak semua pelajar boleh faham apa
yang di pelajari dalam permainan yang dijalankan, khususnya pelajar yang
lemah.Pelajar lemah selalunye akan dapat menguasai sesuatu pelajaran jika ianya
tidak bercampur dengan permainan yang mane boleh mengelirukan mereka.
KAEDAH NASYID
Kaedah
nasyid dalam pembelajaran jawi amat mudah untuk dipelajari sekiranya ianya di
diselitkan irama atau lagu dalam subjek pembelajaran tersebut. Hal ini dapat
dibuktikan bagaimana pelajar lebih mudah menghafal lagu-lagu terbaru berbanding
mata pelajaran yang di ajar oleh guru.Selain itu murid dapat menghilangkan
bosan dan membuatkan murid lebih seronok. Antara lagu yang boleh di praktikan
ialah hukum-hukum dalam tulisan jawi dan cara mengeja dengan lebih mudah.Guru
yang kretif dapat menukar iramah nasyid pada masa kini untuk menjadi bahan bantu
mengajar dalam mengajar pelajar-pelajar
Kekurangan
yang boleh di tonjolkan didalam kaedah ini ialah,tidak semua pelajar dapat
menyanyikan lagu didalam kelas.Akan timbul rasa segan di kalangan pelajar yang
langsung tidak reti untuk menyanyi. Mereka akan berdiam diri dan tidak
mengambil perhatian dalam aktiviti pembelajaran yang di buat oleh guru
tersebut.Oeh sebab itu para pelajar yang tidak reti untuk menyanyi ini kan
tertinggal dalam pembelajaran.mereka seperti ini lebih meminati untuk
mempraktikalkan ape yang dipelajari.
KAEDAH
PERBINCANGAN
Kelebihan kaedah
perbincangan dalam bidang jawi adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara
bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan
akan berlaku. Kaedah ini juga dapat membantu pelajar untuk menggalakkan
perkembangan mental. Tujuan perbincangan perlulah jelas dan guru hendaklah
memberitahu pada pelajar sebelum memulakan perbincangan supaya pelajar dapat
membuat persediaan. Secara tidak langsung kita dapat juga memberanikan
segelintir pelajar yang suka berdiam diri dan kurang keyakinan. Semangat
kerjasama juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Guru juga perlu memastikan
setiap pelajar berpeluang memberikan pendapat atau mengemukakan soalan.Dengan
adanya perbincangan maka akan berkembang ilmu pelajar dalam subjek yang
dipelajari mereka.Hal ini kerana tidak semua dapat memahami sepenuhnya apa yang
di ajarkan oleh guru
Kelemahan kaedah ini
pula adalah apabila interaksi pelajar dan guru hilang, pelajar akan membuat
bising dan tidak mendengar arahan guru. Selain itu, kaedah perbincangan ini
asalnya adalah untuk membincangkan sesuatu topik di dalam kumpulan yang telah
di buat akan tetapi apabila pelajar berasa bosan, pelajar mula berborak,
bergurau dan kacau rakan-rakan mereka. Keadaan ini akan memberi impak besar
ketika pelajar mula membuat bising dan guru tidak pandai mengawal kelas dengan
baik. Pelajar juga tidak mendapat apa-apa ilmu yang baru daripada kaedah
perbincangan yang di buat bersama rakan-rakannya.
KAEDAH
PENYELESAIAN MASALAH
Kelebihan kaedah lain boleh
digunakan dalam bidang jawi adalah kaedah penyelesaian masalah melibatkan murid
secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran
tertentu..Kaedah penyelesaian masalah melibatkan beberapa langkah berikut untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pertama, pelajar haruslah mengenal pasti dan
faham masalah. Kemudian pelajar, jelaskan masalah dan seterusnya cari
alternatif penyelesaian masalah. Akhir sekali, lakukan operasi penyelesaian.
Kaedah ini seiring dengan amali bukan sekadar penyelesaian yang mudah. Ia juga
menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional di samping
meningkatkan dan memperkukuh ingatan pelajar.
Kelemahan kaedah penyelesaian
adalah apabila pelajar tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan masalah.
Pelajar apabila membuat sesuatu penyelesaian masalah yang tidak faham maka
mereka akan lebih cepat berputus asa. Dalam bidang jawi, contohnya mereka tidak
mengenal huruf maka untuk pergi ke ejaan akan menjadi susah. Masalah yang di
hadapi oleh pelajar semakin banyak dan tidak di selesaikan membuat pelajar
berasa malas belajar.Pelajar lebih gemar untuk menyelesaikan masalah melalui
logik akal mereka sendiri sahaja.Oleh yang demikian mereka akan cube
menyelesaikan masalah dengan cara mereka sendiri ternyata apa yang dibincangkan
itu terkeluar dari topik perbincangan dan salah mengikit skema yang sepatutnya.
KAEDAH
LATIH TUBI
Kaedah latih tubi bertujuan untuk
menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid mengenai
pembelajaran spesifik supaya mereka
boleh menyebut atau mempringati semulamaklumat apabila disuruh berbuat
demikian.
1
Untuk mengelakkan kebosanan
pelajar dan kurangnya konsentrasi murid,pelbagai bentuk latih tubi boleh
digunakan antaranya mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam
kumpulan atau individu iaitu sesiapa yang dapat
menjawab soalan yang diajukan
mengenai pembelajaran, maka markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian
dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
Antara kelebihan yang kita boleh
dapati dari kaedah latih tubi adalah pelajar lagi mudah mendapat dan
mengamalkan apa yang tela dipraktikkan dalam latih tubi.Misalnya latih tubi berkenaan dengan adab-adab dengan
orang tua.Pelajar-pelajar dapat merealisasikan apa yang harus dilakukan ketika
berjumpa dengan orang yang lebih tua dari mereka.Seterusnya, dengan adanya
latih tubi tersebut para pelajar akan lebih mudah mengingat sehingga mereka
boleh menjawab peperiksaan pada setiap akhir tahun.Bukan itu sahaja, malah
dengan adanya latih tubi tersebut para pelajar dapat mengisi masa lapang
mereka dengan perkara-perkara yang
lebih berfaedah.Oleh itu, kaedah latih
tubi yang diberikan oleh guru adalah untuk memperingatkan kepada murid-murid
apa yang telah dipelajari semasa pembelajaran disekolah.
Bagi kaedah latih tubi ini juga,
terdapat kekurangan yang berlaku.Antaranya adalah murid-murid malas untuk
membuat latih tubi yang telah diberikan oleh gruru mereka.Ini berkemungkinan
kerana guru disekolah terlalu banyak untuk memberi latih tubi sehinggakan para
pelajar malas untuk membuat kerja
tersebut.Seterusnya, ada juga pelajar yang mengambil kesempatan untuk meniru
rakan sekelasnya kerana tidak sempat untuk menyiapkan kerja tersebut.Selain
itu, pelajar juga akan membuat latihan tanpa melihat bahan rujukan.Ini
berkemungkinan para pelajar membuat latihan itu bukan mengikut kefahaman mereka
tetapi mengikut perasaan tersendiri tanpa jawapan yang betul.Dengan itu,
kekurangan yang kita dapati dari kaedah ini boleh dielakkan dengan cara yang
baik.
No comments:
Post a Comment