KAEDAH MENULIS RECANA
Kaedah
ini sangat berkesan untuk pelajar-pelajar yang aras dua dan permulaan dalam
pengenalan untuk aras satu sehingga murid menjadi terbiasa dengan subjek
tulisan jawi.Selain itu,pelajar lebih memahami tentang penerangan oleh guru
mengenai tulisan jawi kerana murid dapat mempraktikkan ketika menulis recana
tersebut bahkan mereka boleh menambah kalimah-kalimah yang baru untuk meluaskan
ayat-ayat mereka dengan lebih baik dan sempurna.Justeru itu,kaedah ini juga
berkesan kerana mereka dapat mempelajari dan mempraktikkan dalam masa yang
sama.
Disamping
itu,guru juga perlu mengabil inisiatif tentang kaedah ini kerana kaedah ini
boleh membuat anak-anak murid menjadi malas untuk berfikir dalam mebuat ayat
terutama pelajar yang agak lemah dalam kaedah seperti ini dan mereka juga boleh
hilang tumpuan kerana sifat kebudak-budakan mereka lebih kuat sehingga guru
boleh hilang kawalan kelas kerana mereka bising dan bermain.Selain itu,mereka
juga boleh meniru dengan kawan-kawan mereka untuk mengambil jalan mudah agar cepat
siap tugasan tersebut dan hal ini guru tidak akan dapat hasil pembelajaran
seperti yang diharapkan
KAEDAH AKHBAR DALAM KELAS
Kaedah
seperti seperti satu kelebihan bagi guru dalam penerapan nilai-nilai baik
kerana kaedah ini akan membuat mereka rajin membaca dan cuba untuk membaca
akhbar-akhbar yang telah dikumpul oleh guru dalam tulisan jawi.Selain
itu,mereka juga boleh mencari kesalahan mereka yang salah ketika membuat
recana,ayat dan karangan dengan cara membaca akhbar dalam darjah dan dalam pada
yang sama juga,mereka dapat informasi tentang pengetahuan am dan juga khusus.
Setiap
kebaikan pasti ada keburukan dan kaedah ini juga mempunyai perkara yang sama
terutama kepada pelajar yang lebih suka bermain sehingga mereka tidak membaca
langsung walaupon disuruh oleh guru kerana kaedah ini juga membosankan kerana
tiada aktiviti luaran yang bersesuaian dengan sifat kebudak-budakan
mereka.Selain itu,jika tiada pantauan guru adalah sesuatu masalah kerana akhbar
juga boleh menjadi permainan bagi mereka seperti bola sepak dan origami kapal
terbang dan mereka tidak ingin mengulangkaji tentang penulisan mereka tetapi
hanya sekadar membaca kerana info-info yang menarik.
KAEDAH
BUKU, AKHBAR, MAJALAH.
Dalam
kaedah ini, murid-murid akan dapat menerima lebih banyak kosa kata jawi yang
terbaru.Dengan adanya kosa kata yang baru guru-guru hendaklah menerapkan
penggunaan ini semasa latihan menulis karangan atau sebagainya.Kosa kata baru
ini juga dapat meningkatkan kreativiti penulisan jawi di para pelajar.Dalam
kaedah ini penerapan nilai membaca dikalangan pelajar dapat dipupuk dalam diri
setiap individu.Selain itu, dengan adanya buku atau majalah yang brcorakkan
kartun dialog, ia menerapkan lagi minat pelajar untuk membaca lebih banyak
buku.
Bagi
kelemahan kaedah ini pula, berkemungkinan pelajar yang membaca melalui majalah
atau akhbar ini adalah tidak betul kerana mereka membaca tanpa tatabahasa
mengikut kefahaman mereka sendiri.Para pelajar yang membaca buku majalah dan
sebagainya hanya untuk mendapat keseronokan sahaja dan bukanlah untuk mengambil
isi penting yang terdapat dalam pembacaan mereka.
KAEDAH
KAJIAN PERPUSTAKAAN.
Dengan kaedah ini,
pelajar akan dapat lebih menguasai mata pelajaran jawi kerana meraka dapat
mencari buku dalam tulisan jawi yang mereka mahukan. Kemudian, mereka akan dapat mencari dan mengenal lebih mendalam
hukum-hukum dalam subjek jawi yang telah ia pelajari sepanjang waktu pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Justeri itu, mereka dapat menambahkan kosa kata
dan kalimah jawi yang baru semasa mareka mengkaji buku di perpustakaan.
Kelemahan yang
terdapat dalam kaedah kajian perpustakaan ini, ada pelajar yang akan mengelak
daripada untuk membuat tugasan ini, kerana pelajar akan mencari buku-buku yang
ia minat selain daripada mencari buku-buku tulisan jawi. Seperti membaca surat
khabar, majalah, komik-komik dan sebagainya. Dengan ini, kaedah ini akan
menjadi tidak terkawal kerana pelajar tidak membuat tugasan yang sepatutnya.
Selain itu, pelajar juga akan membuat satu kumpulan dan akan membuat mensyuaran
untuk berbual kosong dan sebagainya. Justeri itu, pelajar haruslah dipantau
oleh guru-guru untuk memastikan semua pelajar membuat tugasan yang sebetulnya
dan membuat dengan sebaiknya.
KAEDAH
KULIAH
Kaedah
kuliah ini biasa dijalankan di setiap sekolah.Kaedah ini juga adalah untuk
menerangkan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari
tersebut.Apabila murid faham dengan apa yang diterangkan di awal permulaan
kelas pemikiran murid akan berkembang dan mewujudkan daya fikir yang baik.Selain
itu kaedah penerangan secara kuliah ini juga amat baik kerana segala yang
disampaikan oleh guru tersebut dapat disampaikan secara pemusatan guru.
Bagi
kelemahan kaedah ini murid-murid berkemungkinan tidak akan fokus dengan apa
yang diterangkan oleh guru kerana murid akan melakukan kerja yang tidak
sepatutnya seperti bermain, menyembang dan sebgainya.Selain itu bagi pelajar
yang lemah dalam kaedah ini berkemungkinan besar mereka tidak akan faham dengan
apa yang disampaikan dan merasa kuliah tersebut tidak menyeronokkan dan
tindakan mereka adalah membuat hal sendiri semasa proses kuliah tersebut.
KAEDAH PROJEK
Kaedah
projek ini boleh dikatakan sesuai digunakan untuk subjek jawi, kerana dengan
kaedah ini murid dikehendaki membuat projek yang memerlukan pemahaman dan
kajian yang teliti tentang topik yang diberikan. Jadi dengan itu. Murid akan
lebih faham dan secara tidak langsung murid dapat ilmu tambahan yng tidak
disebutkan didalam buku teks. Misalnya murid dikehendaki membuat projek
berkenaan sejarah tulisan jawi dan jenis jenis ejaan jawi. Murid akan akan cuba
mencari maklumat tambahan selain daripada dari buku teks sama ada dengan cara
lawatan , temuduga ataupun maklumat yang terdapat dalam buku buku di
perpustakaan dan di internet. Dengan kaedah projek ini juga murid juga akan
terdidik sifat kerjasama dan bertanggungjawab secara tidak langsung kerana
untuk menjayakan projek ini murid harus memberi komitmen serta usaha dan
kerjasama yang tinggi.
Kaedah
juga ada kelemahannya, ini adalah kerana kaedah projek ini memerlukan guru
sebagai mentor yang dapat memandu murid dalam melaksanakan projek yang
diberikan. Ini adalah kerana murid peringkat sekolah rendah mereka belum lagi
didedahkan secara meluas berkenaan kaedah projek ini. Mereka berkemungkinan
besar tidak faham dengan apa yang diarahkan oleh guru mereka ataupun tidak tahu
bagaimana mahu melaksanakan projek tersebut. Selain daripada itu, kaedah ini
juga memperuntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mencari maklumat
selepas waktu pembelajaran dan pengajaran , jadi dengan itu murid akan
terkejar-kejar dan akan terlampau penat kerana mereka sudah semestinya
mempunyai tugasan lain yang diberikan oleh guru-guru subjek lain . Kesannya,
murid akan kekurangan waktu berehat dan ini akan menjejaskan kecerdasan mereka
dibilik darjah.
KAEDAH LAWATAN
Kaedah lawatan ini merupakan kaedah
yang menarik yang boleh digunakan untuk subjek jawi. Ini adalah kerana jawi ini
boleh dikaitkan dengan sejarah dan dengan itu tempat yang sesuai untuk
digunakan bagi tujuan lawatan dalam jawi adalah muzium. Selain muzium,
rumah-rumah tokoh-tokoh jawi juga boleh dijadikan lokasi tempat lawatan untuk
subjek ini. Sebagai contoh runah Prof Dr. Kang Kyoug Seok. Kaedah ini juga
boleh dikatakan sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah kerana murid
akan berasa seronok apabila pergi keluar sekolah untuk melakukan lawatan
ilmiah. Murid juga akan didedahkan ilmu dengan suasana yang berbeza yang tidak
sama seperti keadaan dalam bilik darjah. Jadi dengan itu keghairahan murid
dalam menimba ilmu itu berbeza dan mungkin jauh lebih baik daripada belajar
didalam bilik darjah. Murid juga akan mudah ingat apa yang dipelajari daripada
lawatan yang disertai itu kerana murid belajar dalam keadaan bebas tekanan dan
dalam keadaan yang santai.
Tetapi kaedah ini juga mempunyai
kelemahannya tersendiri dimana masa yang panjang diperlukan untuk mengadakan
lawatan ini. Guru harus memilih masa yang sesuai tanpa menggangu masa
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Kos lawatan juga perlu diambil kira
untuk melaksanakan kaedah ini . Tidak semua ibu bapa pelajar mampu membayar kos
lawatan anak-anak mereka jika terlampau tinggi, jadi dengan itu guru perlu
memastikan kos lawatan tidak terlampau tinggi demi menjayakan kaedah ini.
Kawalan murid ketika sesi lawatan juga perlu mantap ini kerana ia melibatkan
soal keselamatan pelajat . Jika guru bertindak sambil lewa ketika sesi lawatan
tersebut berlaku maka resikonya pelajar berkemungkinan berhadapan dengan akibat
yang buruk.
No comments:
Post a Comment